Jarang sekali kita memikirkan tentang bahasa, iaitu satu fenomena penting dalam hidup kita. Bahasalah yang akan menggerakan unsur lain dalam hidup kita. Ini adalah kera ia merupakan satu kegiatan yang sangat biasa  yang norma manusia normal lakukan dalam kehidupan seharian seperti berjalan dan bernafas dan oleh hal yang demikianlah kita sebagai manusia tidak ambil peduli akan apa itu bahasa. Kebanyakkan kita hanya menganggap kebolehan bertutur itu sebagai salah satu daripada kebolehan asasi manusia (Dr Abdullah Hassan, 1983). Selain daripada itu, tidak pernah misalnya kita menyoal tentang sama ada kebolehan manusia bertutur itu sebagai kejadian semula jadi iaitu satu kejadian yang berlaku dengan tidak sengaja, ataupun dengan ataupu adakah ianya satu perkara yang mesti dipelajari oleh manusia?

Bahasa yang digunakan dalam pertuturan merupakan satu alat perhubungan yang penting di antara manusia dengan manusia . Alat perhubungan ini amat kompleks tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Walaubagaimanapun bahasa tidaklah boleh dianggap sebagai hanya satu alat perhubungan antara manusia. Malah ada banyak lagi cara lain yang digunakan manusia untuk berhubung antara satu sama lain, misalnya dengan gerak geri, simbol, atau kod telegraf.

Dalam bahasa terdapat beberapa jenis gaya yang digunakan. Gaya bahasa merangkumi pelbagai gaya bahasa, antaranya ialah gaya bahasa jenis kiasan. Bahasa kiasan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis  antaranya ialah metafora, personifikasi, simile, sinekdoki, hiperbola, metonimi, sindiran, dan alegori. Gaya bahasa sindiran ialah gaya berbahasa yang digunakan oleh seseorang penutur untuk mengata ataupun mengejek mengenai seseorang dengan secara tidak langsung.