Kajian ini adalah salah satu kajian yang amat penting dalam kajian linguistik. Gaya bahasa memainkan peranan penting dalam menjadikan sesebuah tulisan ataupun karya menjadi menarik dan berpuitis. Andai kata gaya bahasa tidak diterapkan dalam penulisan sesuatu karya, karya itu akan menjadi kusam dan tidak dapat menarik pendengar mahupun pembaca untuk mendengar dan membaca karya tersebut.

Selain itu, kajian ini akan membantu menambah bilangan informasi ataupun maklumat kepada pengguna yang ingin mendapatkan maklumat tentang kata sindiran. Oleh itu, kajian ini banyak membantu orang awam dalam mendedahkan kepada mereka apa itu sebenarnya kata sindiran. Hal ini kerana, walaupun kata sindiran ini digunakan selalu dalam kehidupan harian, namun kita sebagai penutur kurang didedahkan akan kata sindiran.