Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji kata sindiran yang terdapat dalam teks ucapan Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. 

Perkataan sindiran bermaksud perkataan yang diucapkan ataupun diunggapkan untuk mengata tentang seseorang atau untuk mengejeknya dengan cara tidak berterus terang ataupun ianya dikenali dengan ejekan tidak langsung (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Selain itu, sindiran juga diberi maksud seperti perkataan lain-lain yang digunakan seseorang untuk mengatai, mengeji, mengejek ataupun mencela orang tetapi tidak ingin berterus terang iaitu menggunakan cara kiasan (Kamus Dewan Edisi Keempat).