Metodologi kajian ialah langkah untuk membuat sesuatu kajian ataupun kaedah yang digunakan oleh seseorang pengkaji untuk menjalankan kajiannya. Metodologi inilah yang akan membantu seseorang penkaji untuk memastikan objektif sesuatu kajian itu tercapai dan berjaya.
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan teks-teks ucapan yang telah disampaikan oleh Datuk Seri Mohd Najid Tun Abdul Razak. Teks tersebut dianalisis dengan menggunakan perisian aplikasi ‘AntConc’ untuk mencari kekerapan dan peratusan penggunaan sesuatu kata sindiran oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semasa menberikan atau menyampaikan sesuatu ucapan pada sesuatu acara tertentu. Teks-teks ucapan tersebut diperolehi daripada sumber internet.
Terdapat dua teks ucapan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang telah dipertimbangkan untuk dijadikan sebagai bahan kajian dalam kajian kali ini. Antara teks ucapan beliau yang digunakan ialah:
1. Teks Ucapan Dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak Sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang diadakan di Dewan Merdeka, PWTC.
2. Teks Ucapan Perdana Menteri sempena Perhimpunan Agung UMNO 2010 yang diadakan di Dewan Merdeka, PWTC.
Perisian Antconc akan lebih memudahkan pengkajia semasa menjalankan kajian terutamanya kajian korpus seperti ini.
kajian ini banyak membantu kepada orang awam dalam mendedahkan kepada mereka apa itu sebenarnya kata sindiran. Hal ini kerana, walaupun kata sindiran ini digunakan selalu dalam kehidupan harian, namun kita sebagai penutur kurang didedahkan akan kata sindiran.
Sudah disemak.