Setelah kajian dilakukan terhadap teks ucapan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, beberapa dapatan dapat diperolehi berkenaan penggunaan kata sindiran oleh beliau dalam teks ucapan beliau. Bidang politik adalah satu bidang yang memerlukan kesabaran kerana ianya dipenuhi oleh ranjau dan jerit perih kehidupan.

Kajian Teks 1 telah dilakukan, dan inilah dapatan kajian yang telah kami lakukan:

1)  “Adat memegang kepercayaan orang, jangan sekali-kali menikan belakang. Adat memegang kuasa, janganlah sekali-kali merosak binasakannya, dan adat memegang kebebasan, janganlah sekali-kali lupa batasan” :- Ini memberi maksud jika anda diberi sesuatu amanah, janganlah anda merosakkan amanah orang itu. jagalah ia sebaiknya.

2)   “Kita menyedari, ada pihak mendakwa tindakan afirmatif itu sendiri yang mendatangkan kesusahan, akan tetapi, bukti empirikal menunjukkan sebaliknya”. :- Dalam ayat ini, perkataan sebaliknya menunjukkan kata sindiran kepada golongan yang telah mengeluarkan dakwaan itu.

3)    ” Apa yang menjadi masalah dalam keadaan ini, ketegangan akan timbul apabila, sejarah dienteng, atau, dilupakan akibat perjalanan masa, atau juga, apabila ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mentafsir semula semua itu, supaya sesuai dengan kepentingan serta agenda sempit kelompok masing-masing.” :- Dalam ayat ini, perkataan agenda sempit dan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab digunakan untuk menyindir pihak yang telah cuba untuk mentafsir semula sejarah yang sudah dilupakan.

4)    “Kerana yang demikianlah, pemimpin oportunis, menangguk di air keruh, sebenarnya musang berbulu ayam, bermain api permusuhan dan memanipulasi keadaan, sangat ditolak dalam kepimpinan. Mereka tidak layak digelar pemimpin.” :- Dalam ayat ini pula, kata sindiran yang telah digunakan ialah pemimpin oppurtunis, menangguk di air yang keruh, sebenarnya musang berbulu ayam, bermain api permusuhan, dan memanipulasi keadaan. Hal ini adalah untuk membuat sindiran kepada pihak yang cuba membakar api kemarahan masyarakat dengan dakwaan-dakwaan yanng salah.

5)   “Janganlah yang elok menjadi retak, janganlah yang bersambung menjadi putus.” :- Ini adalah peribahasa yang digunakan untuk meyindir sesuatu pihak agar tidak menimbulkan lagi kekacauan.

6)   “Lantas, kita menjadi lemas dan rimas dewasa ini, apabila kedengaran suara-suara sumbang yang cuba memperlecehkan pencapaian orang Melayu. Benar sekali, amat mudah bagi lidah tidak bertulang membuat nista.” :- Dalam ayat ini pula, penulis menggunakan suara-suara sumbang dan lidah tidak bertulang untuk menyindir orang yang cuba membuat dakwaan bahawa perkhidmatan awam sebagai lubuk ketidakcekapan.

 

Kajian Teks 2 telah dilakukan, dan inilah paparan dapatan kajian yang telah didapati daripada kajian tersebut:

1)    “Jangan tikam dari belakang, dan jangan pulak main belakang”. :- Peribahasa ini dugunakan untuk membuat sindiran kepada pihak yang tidak tahu apa yang sebenarnya diperjuangkan oleh UMNO.

2)   “Lucunya, kita kini mendengar pihak-pihak tertentu tanpa segan silu menguar-uarkan konsep negara berkebajikan. Kita ucapkan syabas dan tahniah kepada mereka, kerana, baru sedar terhadap konsep negara kebajikan ini. Sesungguhnya, mereka sudah 60 tahun terlewat.” :- Perkataan sindiran yang digunakan dalam ayat ini adalah sepperti lucunya, tanpa segan silu, baru sedar dan meraka sudah 60 tahun terlewat.

3)   “Contoh pertama, Parti A, jawatan Ketua Umum, sudahlah tidak dipilih secara demokratik, lebih berkuasa pulak dari Presiden parti. Contoh kedua, Parti B sebuah parti yang memakai gelar demokrasi, namun, langsung tidak demokratik.” :- Kata sindiran yang digunakan dalam ayat ini adalah digunakan dalam bentuk ayat.

4)   “Manakala contoh ketiga, adalah Parti C, yang kononnya memperjuangkan negara kebajikan. Lahawlawala…., jawatan Mursyidul Am pun, tampaknya tidak diundi secara demokratik, tetapi ternyata lebih berkuasa dari Presiden.” :- Dalam ayat ini juga, kata sindiran digunakan dalam bentuk ayat,.

5)   “Jauh sekali dari kemelut gabungan parti pembangkang yang tidak mampu berijma’ dan bersatu hati walaupun dalam soal-soal dasar.” :- Dalam ayat ini kata sindiran yang digunakan mampu berjima’ untuk menyindir kepada pihak pembangkang bahawa mereka tidak mampu untuk bersatu walaupun dalam parti mereka sendiri.