Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, dapat dirumuskan disini bahawa terdapat penggunaan kata sindiran dalam teks ucapan yang disampaikan oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Belaiu boleh dikatakan banyak juga menggunakan kata sindiran dalam teks ucapan beliau.

Daripada kajian ini juga dapat dirumuskan bahawa kata sindiran bukan sahaja wujud dalam bentuk perkataan, malahan ianya wujud dalam bentuk frasa, ayat mahupun dalam bentuk peribahasa. Oleh itu, sukar bagi pengkaji untuk mengkaji kekerapan kata sindiran yang digunakan dalam teks ucapan ini.

Oleh hal yang demikian, perisian Antconc tidak dapat diaplikasikan dalam kajian ini kerana jumlah kekerapan kata sindiran yang menggunakan perkataan hanya sedikit dan kata sindiran itu tidak dapat difahami tanpa membaca penuh sesuatu ayat itu.