Analisis Soalan 1:

Dalam soalan ini, pengkaji telah mendapat latar belakang responden daripada segi jantina responden. Seramai 8 orang responden terdiri daripada Mahasiswa perempuan dan seramai 2 orang responden adalah terdiri daripada Mahasiswa lelaki. Masing-masing mewakili peratusan sebanyak 80% dan 20%.

Analisis Soalan 2:

Dalam soalan ini, pengkaji masih lagi bertanya latar belakang responden iaitu daripada segi bangsa responden. Seramai 9 orang reponden terdiri daripada responden berbangsa Melayu dan seramai seorang responden berbangsa India. Masing-masing mewakili 80% responden Melayu dan 10% responden India.

Analisis Soalan 3:

Dalam soalan ketiga pula, pengkaji bertanyakan fakulti responden. Semua responden yang menjawab soal selidik ini adalah daripada Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Ini mewakili 100% daripada responden penyelidikan.

Analisis Soalan 4:

Dalam soalan 4 pengkaji bertanya soalan berbunyi “Adakah anda selalu menggunakan BM baku dalam berkomunikasi dan penulisan?”. Dapatan kajian yang didapati adalah sebanyak 5 orang responden mengatakan “Ya” mereka menggunakan Bahasa Melayu dalam berkomunikasi dan penulisan. Ini mewakili sebanyak 50% daripada responden. Seramai 5 orang pula mengatakan “Tidak” pada soalan ini. Ini mewakili sebanyak 50% daripada responden. Hal ini menunjukkan separuh daripada responden menggunakan Bahasa Melayu untuk berkomunikasi dan dalam penulisan dan separuh lagi mengatakan tidak.

Analisis Soalan 5:

Pada soalan 5, pengkaji menanyakan soalan yang berbunyi “Adakah anda menggunakan BM dalam assignment yang dibuat?”. Dapatan daripada kajian ini mendapati sebanyak 10 orang responden telah mengatakan Ya. Ini bermaksud semua responden membuat tugasan mereka dalam Bahasa Melayu. Hal ini kerana Universiti Kebangsaan Malaysia menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Analisis Soalan 6:

Soalan 6 penyelidik mengemukan soalan berbunyi “Adakah susah bagi anda untuk menguasai BM?”. Hasil dapatan kajian daripada soalan ini adalah semua responden iaitu 1o orang ataupun 100% telah menjawab “YA” untuk soalan ini. Ini mungkin disebabkan oleh responden adalah penutur natif Bahasa Melayu dan telah berada dalam kelompok bangsa Melayu daripada kecil.

Analisis Soalan 7:

Pada soalan tujuh pengkaji telah mengemukan soalan yang berbunyi “Adakah anda meneliti BM yang anda gunakan dalam assignment?” kepada responden. Seramai sembilan orang telah menjawab soalan ini. Seramai 8 orang daripada responden mengatakan mereka meneliti hasil tugasan mereka dan seramai seorang responden mengatakan tidak meneliti hasil kajian mereka. Hal ini masing-masing mewakili sebanyak 88.9% dan 11.1% responden.

Analisis Soalan 8:

Seterusnya pengkaji bertanyakan soalan “Adakah komunikasi yang anda gunakan dapat mempertingkatkan tahap penguasaan BM anda?”. Dalam soalan ini sebanyak 7 orang ataupun sebanyak 30% daripada responden telah bersetuju mengatakan komunikasi yang mereka gunakan dapat membantu meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Melayu mereka. Selebihnya iaitu 3 orang ataupun sebanyak 30% daripada responden tidak bersetuju akan hal ini.

Analisis Soalan 9:

Seterusnya pengkaji mengemukan soalan yag berbunyi “Adakah melalui pembacaan dapat meningkatkan penguasaan BM anda ?”. Menjawab soalan ini kesemua responden iaitu 10 orang responden dan 100% daripada mereka bersetuju bahawa pembacaan dapat meningkatkan penguasaan Bahasa melayu mereka. Hal ini mungkin melalui pembacaan mereka dapat meningkatkan pembendaharaan mereka.

Analisis Soalan 10:

Akhir sekali pengkaji telah menanyakan soalan ataupun meminta saranan dan idea responden akan “Apakah saranan langkah terbaik dalam mengusai BM ?”. Sebanyak 7 orang responden iaitu 70% daripada mereka mengatakan dengan membaca seseorang penutur dapat meguasai Bahasa Melayu itu dengan lebih baik. Sebanyak 2 orang ataupun sebanyak 20% daripada responden mengatakan komunikasi dapat meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Melayu mereka. Seramai seorang ataupun 10% daripada responden pula mengatakan pendidakan awal akan membantu penutur untuk menguasai Bahasa Melayu.