AntConc:

Melaporkan kemudahan yang disediakan untuk menjalankan kajian korpus – 5%

Dalam menggunakan aplikasi AntConc terdapat beberapa perkara yang dapat dilihat yang menjadi kebaikan dalam menggunakan aplikasi tersebut. Namun terdapat juga kelemahan dalam menggunakan aplikasi tersebut. Antara kebaikan yang telah didapati daripada aplikasi AntConc ini ialah :

  1. Memudahkan pengkaji untuk untuk mencari perkataan atau frasa dalam teks kajian yang hendak dikaji. Oleh hal yang demikian pengkaji tidak lagi perlu untuk mencari perkataan ataupun frasa tersebut secara satu-persatu.
  2. AntConc juga memudahkan pengkaji untuk menentukan cara penggunaan sesuatu perkataan atau frasa yang terdapat dalam teks kajian tersebut.
  3. Penggunaan aplikasi ini juga mampu membantu pengkaji dalam mengetahui atau mendapatkan maklumat akan kekerapan penggunaan sesuatu perkataan ataupun frasa yang digunakan dalam sesuatu teks kajian itu.
  4. Setelah dapat mengetahui akan kekerapan sesuatu perkataan ataupun frasa yang digunakan dalam teks tersebut, pengkaji mampu untuk mengira peratusan penggunaan perkataan tersebut dalam teks kajian.
  5. Aplikasi ini akan dapat membantu penyelidik dalam mempermudahkan penyelidikan terutamanya bagi yang menjalankan penyelidikan yang menggunakan data korpus.
  6. Memudahkan penyelidik untuk melakukan kajian tanpa perlu mengambil masa yang lama mengira kekerapan penggunaan sesuatu perkataan dalam teks.
  7. Memudahkan penyelidik untuk melakukan kajian tanpa perlu mengambil masa yang lama mengira peratusan penggunaan sesuatu perkataan dalam teks.
  8. Daripada penggunaan aplikasi ini pengkaji mampu mengetahui apakah golongan kata yang sering bergandingan dengan Kata Nama, Kata Kerja dan Kata Adjektif dalam ayat.
  9. Melalui aplikasi ini, masa tenaga dan penggunaan kos mampu di kurangkan.

Namun aplikasi ini mempunyai kelemahan. Antaranya ialah :

1.   Aplikasi ini tidak dapat mengesan jenis kata. Contohnya kata sindiran. Hal ini kerana kata sindiran boleh hadir ataupun wujud dalam keadaan perkataan ataupun dalam frasa.