SurveyMonkey:
Melaporkan kemudahan yang disediakan untuk mengendalikan soal-selidik untuk kajian Linguistik – 5%

Dalam menggunakan perisian aplikasi ini pengkaji telah mendapati beberapa perkara yang memberikan kebaikan dan kemudahan kepada pengkaji dalam membuat kajian. Antara kebaikan dan kemudahannya adalah :

1.    Pengkaji dapat menggunakan perisian aplikasi ini secara percuma. Hal ini akan membantu pengkaji untuk mengurangkan kos penyelidikan kajian.

2.    Proses pendaftaran untuk menggunakan perisian aplikasi ini amatlah mesra pengguna kerana sistem yang digunakan oleh perisian ini tidak rumit dan senang digunakan.

3.    Semasa membentuk soalan untuk soal selidik, pengkaji mendapati perisian aplikasi ini ada memberikan tips kepada pengkaji dalam membentuk soalan sola selidik mereka. Tips itu banyak membantu pengkaji dalam pemilihan soalan soal selidik agar soalan soal selidik bersifat mesra penjawab.

4.    Perisian ini memberikan kesenangan kepada pengkaji untuk menambahbaik soalan soal selidik ataupun memperbetulkan kesilapan yang dilakukan. Oleh itu penyelidik dapat membaiki soalan soal selidik mereka.

5.    Selain itu, perisian aplikasi ini juga memberikan kebebasan kepada penyelidik untuk memilih kalangan responden yang diingini. Hal ini akan membolehkan pengkaji mengkategorikan responden yang akan menjawab soalan soal selidik mereka.

6.    Perisian aplikasi ini juga dapat dilakukan dengan cepat dan disebabkan hal yang demikian pengkaji mampu melakukan kajian dengan cepat dalam jangka masa yang pendek dan pengkaji boleh melakukan soal selidik sebanyak yang mungkin dalam masa yang cepat.

7.    Selain itu, pengkaji mendapati perisian aplikasi ini boleh menunjukkan jumlah responden yang telah menjawab soal selidik yang dilakukan.

8.    Pengkaji juga mendapati dengan menggunakan perisian aplikasi ini, pengkaji menjalankan analisis kajian terus menggunakan aplikasi ini. Ini akan memudahkan lagi pengkaji untuk menganalisis dapatan kajian mereka.

9.    Melalui penggunaan aplikasi ini juga, pengkaji boleh mendapatkan peratusan dapatan kajian mereka dengan cepat dan mudah. Oleh hal itu, kajain yang dilakukan dapat dilaksanakan dengan cepat dan efektif.

10.  Selain itu, pengkaji mampu untuk membentangkan hasil dapatan kajian terus dalam bentuk graf ataupun carta dengan menggunakan aplikasi ini. Hal ini akan memudahkan pengkaji dalam membentangkan hasil kajian nya kepada khalayak.

11.  Pengkaji bukan sahaja dapat melakukan soalan soal selidik dalam satu bentuk malah mampu untuk melakukan soalan soal selidik dalam pelbagai bentuk soalan soal selidik.