WordPress:
Melaporkan kemudahan yang disediakan untuk membentangkan hasil tugasan dalam kajian Linguistik – 10%

Semasa menggunakan perisian ini, pengkaji telah dapat mendapati beberapa kemudahan yang diberikan oleh perisian ini kepada pengkaji. Antara kemudahan yang telah diberikan oleh perisian WordPress ini kepada pengkaji ialah:

1.    Perisian ini boleh digunakan oleh semua orang tanpa mengira had umur pengkaji.

2.    Perisian ini adalah aplikasi atas talian, oleh hal yang demikian, perisian ini mampu digunakan dan dicapai dimana sahaja asalkan dapat mengakses internet.

3.    Perisian WordPress ini juga adalah percuma untuk semua orang.

4.    Perisian ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Antaranya sebagai laman sesawang syarikat ataupun untuk menjalankan urusan perniagaan seperti memaparkan barangan ataupun produk perniagaan.

5.    Selain itu, pengguna boleh mengenakan tema yang diingini bersesuaian dengan tujuan penggunaan perisian ini, malahan pengguna boleh mengedit tema tersebut mengikut keinginan sendiri.

6.    Perisian ini meberikan kemudahan kepada pengguna ataupun pengkaji dalam memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan dalam WordPress masing-masing.

7.    Terdapat banyak plugin yang berguna yang boleh dimasukkan ke dalam blog wordpress hanya dengan pemasangan dan pengendalian yang amat mudah. Oleh hal yang berkenaan perisian ini boleh jadi lebih menarik.

8.    Perisian ini bersifat mesra pengguna dimana ianya membolehkan pengguna mengakses ke dalam perisian ini melalui pelbagai bahasa, anatara bahasa yang dibenarkan ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan lain-lain bahasa. Ianya terserah kepada pengguna untuk menggunakan apa sahaja bahasa yang disediakan.

9.    Perisian ini boleh digunakan juga dalam memjalankan perniagaan melalui talian.

10.  Selain untuk menjalan urusan perniagaan, urusan penyelidikan, perisian ini juga boleh digunakan untuk membincangkan tentang isu-isu semasa dan perkara yang berlaku dalam negara. Seperti yang banyak dilakukan oleh blogger-blogger semasa.